img img-responsive text-center

Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia Bil. 1/2025 Peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi

PUTRAJAYA, 22 APRIL 2025 – Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia Bil. 1/ 2025 Siri 3 peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi  (KJA) telah selesai dilaksanakan di Dewan Podium, Menara KBS, Putrajaya. Bengkel ini bertujuan bagi memantau pencapaian pelaporan program belia di peringkat KJA. 

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan, IYRES dan Puan Wan Suriani Wan Jamal, Eksekutif Penyelidik, IYRES yang melibatkan penyertaan seramai 52 Focal Point yang dilantik mewakili 15 Kementerian, Jabatan/Agensi/NGO.

Pelaksanaan bengkel secara berkala ini membolehkan peserta merekod serta mengemas kini maklumat pelaporan program/aktiviti bagi Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing. Selain itu, bengkel ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai modul-modul dalam sistem bagi memastikan pengurusan program dan data belia lebih efisien dan teratur.

 

img img-responsive text-center

Taklimat Dashboard Belia bagi Bengkel Training of Trainers (ToT) Kem Belia Tahun 2025

PERAK, 19 MAC 2025 – Penyampaian Sesi Taklimat Dashboard Belia oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES telah selesai dilaksanakan kepada  Pegawai Belia dan Sukan peringkat Negeri dan daerah , Jabatan Belia dan Sukan Negara. Sesi taklimat disampaikan sempena Bengkel Training of Trainers (ToT) Kem Belia 2025 anjuran  Bahagian Pembangunan Belia, JBSN bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak. Program Kem Belia 2025 peringkat daerah akan menggunakan sepenuhnya sistem Dashboard Belia yang dijangka akan dilaksanakan bermula April sehingga Oktober 2025.

img img-responsive text-center

Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia Bil. 1/2025 Peringkat KBS

BENGKEL PEMANTAUAN SISTEM DASHBOARD BELIA PERKUKUH PENGURUSAN DATA KBS

PUTRAJAYA, 12 MAC 2025 – Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia Bil. 1/ 2025 peringkat Kementerian Belia dan Sukan telah selesai dilaksanakan di Dewan Podium, Menara KBS. Bengkel ini bertujuan bagi memantau pencapaian pengurusan  pelaporan program belia di peringkat kementerian.

Bengkel yang dikendalikan oleh Eksekutif Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Encik Mohd Rizal Mohd Sham, yang melibatkan penyertaan seramai 40 peserta  terdiri daripada Focal Point Sistem Dashboard Belia mewakili jabatan, bahagian, dan agensi di bawah KBS.

Pelaksanaan bengkel secara berkala ini membolehkan peserta merekod serta mengemas kini maklumat pelaporan program/aktiviti mengikut organisasi masing-masing. Selain itu, bengkel ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai modul-modul dalam sistem bagi memastikan pengurusan data belia lebih efisien dan teratur.

Pengiktirafan Focal Point Hub Data Melalui Program Hub Data Exchange (HDX) 2024

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan program Hub Data Exchange (HDX) 2024 pada 5 Disember 2024 yang berlangsung di Dewan Banquet Casa, Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur. Program ini dihadiri oleh 78 peserta yang terdiri daripada Focal Point Hub Data dari pelbagai kementerian/jabatan/agensi dan NGO.
Program yang Bertemakan “Menghubung Data, Memacu Masa Depan” ini diadakan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan serta meningkatkan kefahaman dan kerjasama dalam penggunaan dan perkongsian data pembangunan belia yang lebih dinamik. Program ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Salah satu acara kemuncak pada program ini ialah penyampaian Anugerah HDX 2024 kepada focal point yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan dan perkongsian data di bawah Hub Data. Pelbagai kategori anugerah diberikan iaitu:
• Focal Excellent Award (Dashboard Belia) di menangi oleh Jabatan Perdana Menteri
• Focal Excellent Award (Sistem Ydata) di menangi oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)
• Excellent ICE Award (Sistem Myprofil) di menangi oleh Pn Farah binti Omar
• Focal Excellent Award ( kategori Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dimenangi oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia ILKBS

Program ini diteruskan dengan sesi perkongsian oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES bertajuk “Menghubungkan Data, Memperkasa Pembangunan Belia”. Melalui sesi ini, Dr Vellapandian turut menyentuh isu kepentingan Hub Data dalam membantu ekosistem agenda pembangunan belia negara. Sesi gamifikasi HDX juga antara aktiviti yang menarik perhatian peserta di mana 3 sesi gamifikasi dilaksanakan dengan penglibatan pakar teknologi, rakan teknologi dan peserta bagi menggalakkan interaksi dan kefahaman secara aktif mengenai sistem-sistem di bawah Hub Data.
Para peserta juga telah memanfaatkan peluang untuk bertukar pandangan menerusi sesi gamifikasi dalam suasana interaktif. Program ini telah berjaya memberikan impak positif kepada para peserta, membina rangkaian lebih kukuh, dan meningkatkan peranan data sebagai pemacu utama pembangunan belia di Malaysia. Melalui program ini juga mencerminkan komitmen IYRES untuk terus memperkasakan pembangunan belia melalui pendekatan teknologi dan inovasi data.

img img-responsive text-center

Bengkel Pemantauan Sistem eMYInd (Merekod Program) Bil. 1 Tahun 2023

Bengkel Pemantauan Sistem eMYInd (Merekod Program) Bil. 1/ Siri I-II Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi 

PUTRAJAYA,  13 Mac 2023- Bengkel Pemantauan Sistem eMYInd (Merekod Program) Bil. 1/ Siri I-II Peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi telah selesai dilaksanakan di Bilik Latihan ICT, Aras 14 Menara KBS.

Sesi ini dikendalikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham dengan penglibatan seramai 27 orang Focal Point eMYInd . Bengkel dilaksanakan bagi memberi penerangan berkaitan penggunaan Sistem eMYInd kepada Focal Point eMYInd pada masa yang sama memantau pelaporan program untuk direkodkan bagi Tahun 2023 dan pengemaskinian laporan sedia ada dalam Sistem eMYInd.

Image
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Tel: +603-8871 3417 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my

Peta Laman

Aplikasi Mudah Alih



Statistik Pengunjung

© 2009-2025 by GPIUTMD