BENGKEL PEMANTAUAN SISTEM DASHBOARD BELIA PERKUKUH PENGURUSAN DATA KBS
PUTRAJAYA, 12 MAC 2025 – Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia Bil. 1/ 2025 peringkat Kementerian Belia dan Sukan telah selesai dilaksanakan di Dewan Podium, Menara KBS. Bengkel ini bertujuan bagi memantau pencapaian pengurusan pelaporan program belia di peringkat kementerian.
Bengkel yang dikendalikan oleh Eksekutif Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Encik Mohd Rizal Mohd Sham, yang melibatkan penyertaan seramai 40 peserta terdiri daripada Focal Point Sistem Dashboard Belia mewakili jabatan, bahagian, dan agensi di bawah KBS.
Pelaksanaan bengkel secara berkala ini membolehkan peserta merekod serta mengemas kini maklumat pelaporan program/aktiviti mengikut organisasi masing-masing. Selain itu, bengkel ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai modul-modul dalam sistem bagi memastikan pengurusan data belia lebih efisien dan teratur.