PUTRAJAYA, 22 APRIL 2025 – Bengkel Pemantauan Sistem Dashboard Belia Bil. 1/ 2025 Siri 3 peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi (KJA) telah selesai dilaksanakan di Dewan Podium, Menara KBS, Putrajaya. Bengkel ini bertujuan bagi memantau pencapaian pelaporan program belia di peringkat KJA.
Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan, IYRES dan Puan Wan Suriani Wan Jamal, Eksekutif Penyelidik, IYRES yang melibatkan penyertaan seramai 52 Focal Point yang dilantik mewakili 15 Kementerian, Jabatan/Agensi/NGO.
Pelaksanaan bengkel secara berkala ini membolehkan peserta merekod serta mengemas kini maklumat pelaporan program/aktiviti bagi Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing. Selain itu, bengkel ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai modul-modul dalam sistem bagi memastikan pengurusan program dan data belia lebih efisien dan teratur.