Logo Logo
  • Laman Utama
  • Pengenalan Terma Rujukan Galeri Manual Focal Point
    FAQ Maklum Balas
  • Hubungi Kami
Log Masuk
Kembali

Pengenalan

Info › Pengenalan

Dashboard Belia merupakan gerbang maklumat berkaitan program dan aktiviti pembangunan belia merentas pelaksana pembangunan belia di Malaysia.

Maklumat Pengenalan

Latar Belakang Sistem

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengambil inisiatif membangunkan Sistem eMYInd bermula pada tahun 2018 yang merupakan sistem bersepadu Malaysian Youth Index bagi merekodkan maklumat program pembangunan belia merentas kementerian, jabatan, agensi dan pelaksana pembangunan belia di Malaysia.

Inisiatif ini selaras dengan pendekatan di bawah Dasar Belia Malaysia (DBM) yang menekankan konsep "merentas pelaksana" dalam memastikan pembangunan belia di negara ini dilaksanakan secara bersama berdasarkan fungsi dan keupayaan setiap pelaksana.

Data & Penyelarasan Program

Inisiatif ini membolehkan sumber dan maklumat dikongsi ke arah penyerlahan potensi belia negara ke tahap yang optimum, serta membantu kementerian dan agensi menyelaras, memantau dan memastikan perancangan yang efektif.

KBS juga perlu menjadi peneraju data berkaitan belia. Data yang strategik dapat memberikan kelebihan kepada kementerian dalam membantu membuat keputusan yang lebih tepat sekaligus memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

Melalui data, KBS dapat menganalisis, merangka dan melaksanakan setiap polisi dan program yang lebih berkesan serta berimpak tinggi. Sistem penyampaian KBS juga dapat kekal relevan, telus dan berakauntabiliti melalui pengurusan data yang berkesan.

Pelancaran & Mandat Penyelarasan

Selaras dengan penaiktarafan sistem, Sistem eMYInd telah dinamakan semula sebagai Dashboard Belia dan telah dilancarkan serta dirasmikan pada 25 Mei 2024 oleh YAB Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, bersempena Hari Belia Negara (HBN) 2024 Peringkat Kebangsaan.

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Bilangan 1 Tahun 2023 pada 20 Mac 2023 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan supaya semua kementerian membentangkan inisiatif pembangunan belia di kementerian masing-masing bagi memperkemas pelaksanaan pembangunan belia dan mengelakkan pertindihan program.

Infografik Rasmi

Fungsi Utama

Fungsi utama, mandat dan rasional Dashboard Belia.

Infografik fungsi utama dan punca kuasa Dashboard Belia
Jata Negara Dashboard Belia

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana,
Persint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya

+603-8871 3417 +603-8871 3342 dbbelia@iyres.gov.my
Peta Laman
  • Laman Utama
  • Program Saya
  • DB Mart
    • Pengenalan
    • Terma Rujukan
    • Galeri
    • Manual Focal Point
    • FAQ
    • Maklum Balas
  • Hubungi Kami
Aplikasi Mudah Alih
Google Play
GET IT ON Google Play
App Store
DOWNLOAD ON THE App Store
AppGallery
EXPLORE IT ON AppGallery
Statistik Pengunjung
2 4 7 , 5 6 6

Jumlah Pengunjung Unik

© 2026 Dashboard Belia. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | FAQ | Dasar Keselamatan
Makluman Rasmi
PERHATIAN!

NOTIS GANGGUAN PERKHIDMATAN

Sistem ini masih dalam tindakan penambahbaikan secara berperingkat. Sepanjang proses ini, pengguna mungkin akan mengalami gangguan penggunaan perkhidmatan atau ketidakstabilan ke atas fungsi tertentu. Kerja-kerja penyelenggaraan ini dijangka akan selesai sepenuhnya pada atau sebelum 1 Julai 2026.

Hubungi Kami

Pihak IYRES memohon maaf di atas segala kesulitan.
03-8871 3326 / 3090 / 3389 / 3329