Telah Berlangsung Pada
Ringkasan Program
Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan merupakan program yang diadakan sepanjang bulan Ramadan dengan aktiviti bertadarus dan khatam al- Quran serta aktiviti lain yang bersesuaian yang akan dilaksanakan di masjid, surau atau dewan atau mana-mana tempat yang bersesuaian di setiap negeri.
Objektif Program
- i. Sebagai satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan al-
Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian.
ii. Melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan
seharian.
iii. Membudayakan amalan sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan.
iv. Mengeratkan persaudaraan dan ukhuwwah dalam kalangan belia daripada pelbagai latar belakang.