- Kementerian dan agensi persekutuan
- Institusi pendidikan dan penyelidikan
- Kerajaan Negeri
- Pemimpin politik
- Institusi keluarga
- Syarikat berkaitan kerajaan dan swasta
- NGO dan Individu belia
- Masyarakat
- Media dan
- Badan Bukan Kerajaan (NGOs).
Proses pembangunan eMYInd telah melalui 4 fasa utama iaitu;
- Analisa Keperluan
- Pembangunan Sistem
- Pelaksanaan dan Pemantauan
- Penambahbaikan Fungsi Sistem eMYInd V3.0
Fasa analisa keperluan telah bermula pada tahun 2016 melalui pelaksanaan “Technical Working Group (TWG 1.0)” dimana IYRES telah mengenalpasti isu dalam mengurus dan menyelaras maklumat program-program pembangunan belia merentas agensi.
Komponen-komponen pemantauan telah diambil kira dalam Fasa pembangunan sistem eMYInd.
Ini membolehkan Focal Point daripada setiap agensi pelaksana merekod dan mengemaskini semua maklumat program secara berkala yang di pantau setiap tahun melalui platform Bengkel Berkala Sistem eMYInd dan Bengkel “Technical Working Group (TWG)”.