Gantt Chart

Ahli tetap “Focal Point” yang dilantik akan merekod dan mengemaskini projek/program/aktiviti secara berkala sekurang-kurangnya dua kali setahun iaitu pada suku pertama dan suku ke-empat setiap tahun. 

Aliran Proses

Aliran Proses

Sistem eMYInd hanya dapat digunakan oleh Focal Point yang telah dilantik dan ianya boleh diakses melalui capaian emyind.iyres.gov.my.

eMYInd ini menyediakan fungsi utama merangkumi :

  1. Kemudahan dashboard yang menyediakan statistik dan laporan secara dinamik;
  2. Penyediaan maklumat program pembangunan belia secara bersepadu;
  3. Penjanaan pelaporan program pembangunan belia secara dinamik;
  4. Penerangan maklumat berkaitan Sistem e-MYInd
  5. Perkongsian Program Inter-Agensi;
  6. Permohonan Sebagai Focal Point eMYInd dan
  7. Paparan Galeri Media

Terdapat 4 peranan utama “Focal Point” dalam sistem eMYInd iaitu:

  1. Pentadbir Agensi
    (Penyelaras)
  2. Pengguna
    (Merekod maklumat program)
  3. Pegawai Pelulus
    (Memperaku Maklumat program); dan
  4. Eksekutif
    (Pemerhati: Memantau Pelaksanaan program secara menyeluruh merentas Jabatan/Agensi dibawah selian).

Focal Point yang bertanggungjawab sebagai Pentadbir Agensi akan dibekalkan maklumat pengguna oleh Pentadbir Sistem (Admin). Pentadbir Agensi ini perlu mengenalpasti Pengguna (Mengikut keperluan) dan seorang Pegawai Pelulus di peringkat agensi masing-masing.

Pengguna agensi perlu merekodkan program secara berkala merangkumi:

  1. Maklumat am program
  2. Kumpulan sasar pelaksanaan program
  3. Maklumat pelaksana program
  4. Pencapaian program

Maklumat-maklumat yang direkod oleh pengguna perlu dihantar kepada Pentadbir Agensi bagi tujuan semakan dan seterusnya Pentadbir Agensi perlu menghantar maklumat yang telah disemak kepada pegawai pelulus di peringkat agensi masing-masing bagi tujuan perakuan maklumat program.

Maklumat-maklumat yang telah diperakukan diperingkat agensi akan disahkan oleh Pentadbir Sistem eMYInd.

Berikut merupakan aliran proses dan tugas setiap peranan dalam sistem eMYInd:

TERMA DAN RUJUKAN FOCAL POINT DASHBOARD BELIA : EKSEKUTIF

EKSEKUTIF

  1. Memberi nasihat dan memandu pelaksanaan pencapaian status kemajuan projek/ program/ aktiviti selaras dengan hala tuju kementerian/ organisasi;
  2. Memantau pencapaian kamajuan keseluruhan pelaksanaan projek/ program/ aktiviti yang telah direkodkan oleh pentadbir agensi/ pengguna di peringkat kementerian/ organisasi 

TERMA DAN RUJUKAN FOCAL POINT DASHBOARD BELIA : PEGAWAI PELULUS

PEGAWAI PELULUS

  1. Memastikan data dan maklumat projek/ program/ aktiviti yang direkodkan di dalam sistem Dashboard Belia adalah sahih ;
  2. Memperakukan maklumat projek/ program/ aktiviti yang telah direkodkan oleh pentadbir agensi/ pengguna di peringkat kementerian/ jabatan/ agensi di dalam sistem Dashboard Belia ; dan
  3. Memantau pencapaian program secara keseluruhan yang dilaksanakan oleh organisasi.

TERMA DAN RUJUKAN FOCAL POINT DASHBOARD BELIA : PENGGUNA

PENGGUNA

  1. Merekod maklumat projek/ program/ aktiviti di dalam sistem Dashboard Belia;
  2. Membuat pengemaskinian dan penambahbaikan kandungan maklumat projek/ program/ aktiviti di dalam sistem e-MYInd mengikut jangka masa yang telah ditetapkan iaitu:
    1. Merekod maklumat projek/program/aktiviti – MAC/APRIL
    2. Mengemaskini Maklumat projek/program/aktiviti – NOVEMBER
  3. Merekod maklumat program dan mengemaskini maklumat program ke dalam sistem Dashboard Belia;
  4. Menghantar maklumat projek/ program/ aktiviti yang telah direkodkan di dalam sistem Dashboard Belia untuk semakan Pentadbir Agensi bagi tujuan semakan ke atas maklumat yang direkod;
  5. Memaklumkan kepada Pentadbir Agensi kementerian/ jabatan/ agensi yang diwakili sekiranya berlaku pertukaran pengguna sistem Dashboard Belia di peringkat kementerian/ jabatan/ agensi yang diwakili.
  6. Melaksanakan arahan berkaitan tugasan dari semasa ke semasa.

 

Image
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Persint 4, Pusat Pentabiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
Tel: +603-8871 3417 | Faks: +603-8871 3342 | Emel: info@iyres.gov.my

Peta Laman

Aplikasi Mudah Alih



Statistik Pengunjung

© 2009-2024 by GPIUTMD